Pada satu petang yang hening..sambil duduk menghirup udara segar di beranda rumah, nis berdua dengan mamanya, ayah pergi anta kimi gunting rambut di kedai india muslim dekat simpang kampung. Abang pula ada high rope kat kem. Nis yang berdebar-debar naik turun nafasnya menahan gelisah, denyutan nadinya kencang, mencari masa yang sesuai untuk memulakan bicara bersama mamanya. Nis bersilang kaki duduk bertentangan mamanya sambil meletakkan cawan teh panas yang dihirupnya sebentar tadi ke tepi.
“mama, mama bz x?nis nak tanye something boleh tak mama? erm,tapi nis malu.huhu”
“apa dia sayang?cube cite kat mama. Patutlar dah berapa minggu nie mama tengok nis monyok je,muncung boleh sidai baju.”
mama nis cuba bercanda untuk menghilangkan kerisauan yang terukir di wajah anak keduanya itu. Akhirnya penantiannya beberapa minggu akan berakhir sedikit masa lagi dengan pengakuan nis hari ini.
“erm,iz ada jumpe mama tak kat sekolah?call ke?”
“Takde pun,kenapa nie?iz ada buat apape kat nis ke?”
“eh,xdelar mama, erm, camaner nak cakap yer” sambil menggaru kepala yang tidak gatal
“camnie mama, erm erm erm….”
“Ish2, anak mama nie,kalau tak prepare nak cite,nanti2 lar cite kat mama.” mama nis cuba memancing emosi anak gadisnya.
“ok2, erm, iz mama… dia…erm.. mintak nak couple dengan nis,huhuhu..”
“Couple tu apa nis?gule2 ke?” mama nis cuba bercanda lagi.
“erk,mama nie suka buat nis tergelak tau,orang serius ni,waaaaarghh..erm,gini ma..dia nak hubungan kitorang lebih daripada kawan, dia nak kenal nis lagi rapat,cenggitu lar katenye. Apa pendapat mama?”
“Wah,anak mama,dh advance sekarang yer..dah pandai bercintan-cintun nie..mane belajar nie??”satu cubitan manja hinggap di peha nis.”erm, mama tengok iz tu ok lar,rajin tolong mak dia kat kantin, lagipun diorang kite dah kenal, walaupun kenal tak rapat, mama boleh perhatikan, rumah diorang pun tak jauh dari rumah kita kan..tapi…..”
“tapi ape mama?”berkerut dahi nis menunggu ulasan mama seterusnya. Nis taknak apa yang terfikir-fikir di benaknya menjadi kenyataan, tolong nis ya Allah..tak sanggup nak dengar.
“nis tak rase nis terlalu muda ke untuk bercinta-cinta nie?nis dah bersedia bahagikan masa untuk study dengan hubungan nie?mama kalau boleh taknak tengok anak mama kecundang dalam spm, spm pun dah dekat kan sayang.”
“nis pun sependapat dengan mama, sebab tu nis tanya mama dulu, nis taknak buat keputusan tak tanya mama, takut tersalah buat keputusan, menyesal tak sudah nanti.”
“tapi mama tahu nis…..”
“kriiiiiiiiiiiiiiiiiing2x!!” telefon bimbit mama nis bordering menunjukkan ada panggilan masuk. Nombor iz tertera di skrin sony Ericson s312 mama. Dahi mama berkerut sambil memandang tepat ke muka nis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello, assalamualaikum makcik, iz nie. Makcik apa khabar?sihat?” iz berbahasa basi.
“alhamdulilah makcik sihat.” Mama membuat sign pada nis yang menandakan yang menelefonnya adalah iz. Nis memandang mamanya dengan kerutan seribu di muka. Mengapa pula iz menelefon mamanya pada saat yang tidak terduga ini. Apa mahunya. Adakah iz mahu??
Nis memberi masa pada mamanya untuk berbual dengan iz melihatkan muka mama yang serius berbual seperti perdana menteri ingin menandatangani utusan berperang desis hati kecilnya. Nis sengaja menyiram pokok2 bunga orkid yang pelbagai warna yang berhampiran dengan beranda mereka. Bunga orkid itu baru hendak mengeluarkan kelopak2 yang sangat memukaukan pencinta orkid. Mama suka mengumpul orkid. Mama cakap orkid ni unik, tidak seperti bunga2 lain. Bunga orkid ada pelbagai jenis dan bentuk serta namanya yang berbelit lidah untuk menyebutnya seperti yang paling mama sayang iaitu Bulbophyllum Meen Garuda, dendrobium Caesar giant, arachnis flosaeris, Phalaenopsis bellina, Phalaenopsis Timothy Christopher, oncidium varicosum dan banyak lagi yang ada di rumah orkid.
Tibe-tibe nis tersedar daripada lamunannya tentang orkid dan mendengar isi perbualan mamanya tanpa pengetahuan mamanya.
“makcik sebenarnya tak kisah kalau kamu berdua pandai bahagikan masa antara belajar dan bende ni. Kamu dah bersedia ke?kamu betul2 ikhlas dengan anak makcik ni?kamu tak rasa kamu berdua masih terlalu muda?”nis bagaikan hendak pitam mendengarkan perbualan itu. Tiba-tiba..
“bukk!!” tangki siraman orkid seberat 1kg mendarat cantik di kaki nis menyebabkan nis jatuh terjelopok di rumah orkid mamanya. Nis sedikit mengerang kesakitan akibat ‘belaian’ tangki siraman itu. “kau macam tau2 je apa dalam hati aku kan tangki,hukhukhuk”, sambil teresak2 nis bermonolog sendirian. Bukan itu yang sebenarnya nis mahukan dari mamanya, tapi apakan daya. Seperti dalam sujudnya pada Illahi, nis redha.
“saya akan jaga nis baik2 makcik, saya janji, saya takkan kecewakan dia, terima kasih makcik sebab bagi peluang kat saya.” Iz akhiri perbualannya dengan mama kesayangan nis dengan senyuman puas.
“mama, amboi,lamanya borak dengan iz,ape je yang mama bualkan tu?” sambil terenjut-enjut menahan kesakitan yang disembunyikan, mama nis tidak perasan kaki nis dalam kesakitan seperti hatinya juga.
“nis, iz dah terus terang dengan mama tadi, dia mintak izin degan mama nak kenal nis lagi rapat, nie ke yang nis nak bagitau mama tadi?sampai tergagap2 herm?”
“ma jawab ape kat iz ma?” sudah gaharu cendana pula, nis mengharapkan khabar dari telinga yang dibawa angin sepoi2 bahasa tersalah. Namun kecewa yang berlalu di bibir hatinya.
“mama tak kesah, janji kamu berdua pandai bahagikan masa.” Nis tersenyum kelat menjawab senyuman yang sukar ditafsirkan mamanya.
(dendrobium Caesar giant)
(arachnis flosaeris)
(Phalaenopsis bellina)
(Phalaenopsis Timothy Christopher)
(oncidium varicosum )
No comments:
Post a Comment