mI AmIgA

Wednesday, November 2, 2011

Menyingkap tirai pelangi (part 6)

Seperti kebiasaan selepas pulang dari sekolah, nis akan pergi ke bilik airnya yang bertemakn blue sky yang terletak bersebelahan dapur rumah untuk membersihkan diri. Kalau tidak, alamatlar baju sekolah akan lencun dengan rembesan peluh dek kerna kayuhan basikal dari sekolahnya yang terletak kira-kira 1km dari rumah. Baru ingin melangkah ke bilik air, kedengaran aliff aziz berdendang lagu sayang-sayang di telefon bimbit nis menandakan ada panggilan masuk, tetapi tidak dihiraukannya lantas menuju ke bilik air.
“kalau penting, nanti pandai-pandailar pemanggil tu telefon balik, kalau tak penting, dia tak call balik”, desis hati kecilnya seraya menghidupkan pili shower dan membersihkan diri tanpa menghiraukan jeritan yang minta diangkat tadi.
Setelah segar bugar, sekembalinya ke kamar, selang beberapa saat seuasai mengenakan t-shirt warna kegemarannya, light pink dan seluar track bottom adidas berwarna hitam, telefon menjerit lagi minta diangkat segera. Tanpa melihat si pemanggil, nis terus menjawab panggilan yang membuatkannya terpaku setiap kali mendapat panggilan sebegitu.

“hello assalamualaikum”
“waalaikummussalam nis, tengah buat apa tu?bz ke?iz call banyak kali kenapa tak angkat?”
“oh iz, ingatkan sape tadi,takdelar bz sangat pun, baru balik ‘berjoging’”
Macamlar dia tak tau time-time cam nie aku baru balik sekolah,ish ish ish, penat kot kayuh basikal, bagilar aku rest sekejap.
“berjoging?bukan nis baru balik sekolah ke?”
Heeee, tau pon, saje je Tanya cenggitu. Atoyai..
“yelar, jogging lar kirenya kan kayuh basikal dari sekolah balik rumah, erm, ada apa yer call nis nie?”
Hah amek nie, suara mendatar aku bagi kau.hahaha, kejam tak kejam tak?
“owh, bergurau dengan iz yer, sweetnye, hihihi”
Kedengaran gelik kecil di hujung talian, aku ingatkan dia tau aku nak rehat, lain pulak jadinya.
“ sebenarnya kalau niz tak bz, datang sekolah mama kejap boleh?iz ada something nak bg kat nis nie.”
Aku sempat mengutuk dia dalam hati, dia nak bagi something pulak, alamak, titibe rase berdosa pulak kutuk-kutuk dia tadi. Segera nis ucapkan istigfar mintak ampun daripada Allah atas ketelanjurannya sebentar tadi. Astagfirullahalazim.
“oh, ade ape yer?”
“datang sini, baru tau ok?iz tunggu nis”
“erm, okey. Bagi nis 10 minit, nis gi siap, assalamualaikum”
“waalaikummussalam”
gagang diletak dan nis terus mengenakan sweater berwarna senada dengan t-shirt yang dipakainya, light pink dan tudung berwarna hitam yang sudah sedia bergantung di penyangkut tudung.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesampainya di sekolah mama, nis memberi sms kepada iz yang menyatakan dia sudah sampai. “Best jugak merempit nie, dapat angin semulajadi”, nis memang tabiat semulajadinya suka bawak motor laju. Mama selalu meleterinya kerana mama taknak nis membahayakan nyawanya dengan membawa motor dalam keadaan merbahaya sebegitu. “nis nie tak sayang mama yer?”
“kenapa mama cakap camtu, nis sayang mama lar, sayang sangat-sangat tau, huhuhu”
“Dah tu kenapa suka sangat bawak motor laju-laju?”
“alaaar, seronok, dapat rasa angin, ngeee”
“dah-dah, mama taknak nis bawam motor laju-laju, bahaya tau sayang, kalau degil jugak, mama denda nis tak boleh naik motor sampai nis dapat lesen tahun depan,” mama menjegilkan matanya tanda tidak senang nis membawa motor laju.
Mama bila kuasa vetonya dah digunakan, tak dapatlar nak ditolong, hanya anggukan yang mampu dijawabnya.

5 minit selepas berpanas di bawah terik mentari, iz datang membawa sebuah jambangan bunga.
Sweet tak sweet tak??hihihi
“maaf iz lambat, ade keje sikit kat kantin tadi, nah…..”
“erm, ape nie iz?nak suruh nis bagi kat sape nie?” buat-buat tak paham pulak, orang tu bagi makanan kesukaan awak tu, taknak amek rugi….
“eh, nak bagi kat sape lagi, kat nis lar, nis suka fererroroshere kan?”
Mane dia tau aku suke sangat-sangat kat ferreroroshere nie. Membulatlar aku hari nie makan mende nie, agagaga
“oh yeker, mane tau nis suke ferreroroshere nie, terime kasih yer, buat susah-susah jer. Nis tak boleh lame-lame nie, tak manis pulak nanti guru-guru mama Nampak, lagipun, nis ade homework nak buat, nis balik dulu yer, thanks again, assalamualaikum”
Seusai memberi salam, nis start motor dan menderum meninggalkan sekolah mama sambil jambangan bunga fererroroshere tersemat di bakul motor.
 Tersengeh sampai telinga iz sebab dapat cairkan hati nis dengan pemberian tersebut. Iz membeli jambangan bunga dan meminta digubah dengan ferreroroshere tersebut di market tempat keluarganya mengambil bahan untuk catering dan persediaan kantin.
bagi nis pula, dia tidak pernah mendapat jambangan bunga daripada mana-mana lelaki sebelum ini, hahaha, ok sweet. bluek..

 
sejibik cam nie.wowowo

Wednesday, October 19, 2011

Menyingkap tirai pelangi (part 5)


Pada satu petang yang hening..sambil duduk menghirup udara segar di beranda rumah, nis berdua dengan mamanya, ayah pergi anta kimi gunting rambut di kedai india muslim dekat simpang kampung. Abang pula ada high rope kat kem. Nis yang berdebar-debar naik turun nafasnya menahan gelisah, denyutan nadinya kencang, mencari masa yang sesuai untuk memulakan bicara bersama mamanya. Nis bersilang kaki duduk bertentangan mamanya sambil meletakkan cawan teh panas yang dihirupnya sebentar tadi ke tepi.

“mama, mama bz x?nis nak tanye something boleh tak mama? erm,tapi nis malu.huhu”
“apa dia sayang?cube cite kat mama. Patutlar dah berapa minggu nie mama tengok nis monyok je,muncung boleh sidai baju.”

mama nis cuba bercanda untuk menghilangkan kerisauan yang terukir di wajah anak keduanya itu. Akhirnya penantiannya beberapa minggu akan berakhir sedikit masa lagi dengan pengakuan nis hari ini.

“erm,iz ada jumpe mama tak kat sekolah?call ke?”
“Takde pun,kenapa nie?iz ada buat apape kat nis ke?”
“eh,xdelar mama, erm, camaner nak cakap yer” sambil menggaru kepala yang tidak gatal
“camnie mama, erm erm erm….”
“Ish2, anak mama nie,kalau tak prepare nak cite,nanti2 lar cite kat mama.” mama nis cuba memancing emosi anak gadisnya.

“ok2, erm, iz mama… dia…erm.. mintak nak couple dengan nis,huhuhu..”
“Couple tu apa nis?gule2 ke?” mama nis cuba bercanda lagi.
“erk,mama nie suka buat nis tergelak tau,orang serius ni,waaaaarghh..erm,gini ma..dia nak hubungan kitorang lebih daripada kawan, dia nak kenal nis lagi rapat,cenggitu lar katenye. Apa pendapat mama?”
“Wah,anak mama,dh advance sekarang yer..dah pandai bercintan-cintun nie..mane belajar nie??”satu cubitan manja hinggap di peha nis.”erm, mama tengok iz tu ok lar,rajin tolong mak dia kat kantin, lagipun diorang kite dah kenal, walaupun kenal tak rapat, mama boleh perhatikan, rumah diorang pun tak jauh dari rumah kita kan..tapi…..”
“tapi ape mama?”berkerut dahi nis menunggu ulasan mama seterusnya. Nis taknak apa yang terfikir-fikir di benaknya menjadi kenyataan, tolong nis ya Allah..tak sanggup nak dengar.
“nis tak rase nis terlalu muda ke untuk bercinta-cinta nie?nis dah bersedia bahagikan masa untuk study dengan hubungan nie?mama kalau boleh taknak tengok anak mama kecundang dalam spm, spm pun dah dekat kan sayang.”
“nis pun sependapat dengan mama, sebab tu nis tanya mama dulu, nis taknak buat keputusan tak tanya mama, takut tersalah buat keputusan, menyesal tak sudah nanti.”
“tapi mama tahu nis…..”
“kriiiiiiiiiiiiiiiiiing2x!!” telefon bimbit mama nis bordering menunjukkan ada panggilan masuk. Nombor iz tertera di skrin sony Ericson s312 mama. Dahi mama berkerut sambil memandang tepat ke muka nis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello, assalamualaikum makcik, iz nie. Makcik apa khabar?sihat?” iz berbahasa basi.
“alhamdulilah makcik sihat.” Mama membuat sign pada nis yang menandakan yang menelefonnya adalah iz. Nis memandang mamanya dengan kerutan seribu di muka. Mengapa pula iz menelefon mamanya pada saat yang tidak terduga ini. Apa mahunya. Adakah iz mahu??

Nis memberi masa pada mamanya untuk berbual dengan iz melihatkan muka mama yang serius berbual seperti perdana menteri ingin menandatangani utusan berperang desis hati kecilnya. Nis sengaja menyiram pokok2 bunga orkid yang pelbagai warna yang berhampiran dengan beranda mereka. Bunga orkid itu baru hendak mengeluarkan kelopak2 yang sangat memukaukan pencinta orkid. Mama suka mengumpul orkid. Mama cakap orkid ni unik, tidak seperti bunga2 lain. Bunga orkid ada pelbagai jenis dan bentuk serta namanya yang berbelit lidah untuk menyebutnya seperti yang paling mama sayang iaitu Bulbophyllum Meen Garuda, dendrobium Caesar giant, arachnis flosaeris, Phalaenopsis bellina, Phalaenopsis Timothy Christopher, oncidium varicosum dan banyak lagi yang ada di rumah orkid.
Tibe-tibe nis tersedar daripada lamunannya tentang orkid dan mendengar isi perbualan mamanya tanpa pengetahuan mamanya.

“makcik sebenarnya tak kisah kalau kamu berdua pandai bahagikan masa antara belajar dan bende ni. Kamu dah bersedia ke?kamu betul2 ikhlas dengan anak makcik ni?kamu tak rasa kamu berdua masih terlalu muda?”nis bagaikan hendak pitam mendengarkan perbualan itu. Tiba-tiba..

“bukk!!” tangki siraman orkid seberat 1kg mendarat cantik di kaki nis menyebabkan nis jatuh terjelopok di rumah orkid mamanya. Nis sedikit mengerang kesakitan akibat ‘belaian’ tangki siraman itu. “kau macam tau2 je apa dalam hati aku kan tangki,hukhukhuk”, sambil teresak2 nis bermonolog sendirian. Bukan itu yang sebenarnya nis mahukan dari mamanya, tapi apakan daya. Seperti dalam sujudnya pada Illahi, nis redha.

“saya akan jaga nis baik2 makcik, saya janji, saya takkan kecewakan dia, terima kasih makcik sebab bagi peluang kat saya.” Iz akhiri perbualannya dengan mama kesayangan nis dengan senyuman puas.
“mama, amboi,lamanya borak dengan iz,ape je yang mama bualkan tu?” sambil terenjut-enjut menahan kesakitan yang disembunyikan, mama nis tidak perasan kaki nis dalam kesakitan seperti hatinya juga.
“nis, iz dah terus terang dengan mama tadi, dia mintak izin degan mama nak kenal nis lagi rapat, nie ke yang nis nak bagitau mama tadi?sampai tergagap2 herm?”
“ma jawab ape kat iz ma?” sudah gaharu cendana pula, nis mengharapkan khabar dari telinga yang dibawa angin sepoi2 bahasa tersalah. Namun kecewa yang berlalu di bibir hatinya.
“mama tak kesah, janji kamu berdua pandai bahagikan masa.” Nis tersenyum kelat menjawab senyuman yang sukar ditafsirkan mamanya.

 (Bulbophyllum Meen Garuda)

(dendrobium Caesar giant)

(arachnis flosaeris)

(Phalaenopsis bellina)

(Phalaenopsis Timothy Christopher)

(oncidium varicosum )



Wednesday, September 14, 2011

~hariku indah~

assalamualaikum sayang2ku sekalian..dah tersangat2 lama xupdate blog..terlampau "BZ BODY" sampai xsempat lgsung nk update blog..so sorry my beloved blog..

T_T

ok2,,takmo nangis2 yer..kali nie nak happy2..suka suki..
^_____^


alhamdulilahirobbil alamin..syukur kehadrat ALLAH S.W.T setelah 1 thun setengah mengharung pelbagai rasa..gembira(mungkin sedikit),bahagia(sekelumit) pahit getir,gundah gulana,kesesakan minda dan fikiran..akhirnya dapat juga berpindah ke IPIS..syurga baru untuk meneruskan tanggungjawab sebagai bakal pendidik bangsa satu hari nanti insyaAllah..

tetapi,dalam manis2 pahit2 di sanun, akhirnya terdapat sesuatu kenangan yang sangat indah yang tidak dapat ku lupakan sampai bila..buah tangan dari IPTB..dan buah tangan itulah yang telah mengikatku pada hari ini..mengunci diri ini untuk disunting tidak lama lagi..menjadi suri buatnya,peneman,pendamping,permaisuri hatinya..dalam istana yang bakal kami bina tidak lama lagi..
semoga baitul muslim yang akan terbina nanti berasaskan mawaddatan warahmah..semoga disulami dengan ilmu agama,di rahmati dan di redhai Allah s.w.t.ameen ya Robb..semoga kekal jodoh hingga ke syurga.menjadi ketua bidadarinya di sana nanti..ameen.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

subhanallah,Maha Suci Allah..bermula saat bapanya menelefon bapaku untuk menyampaikan hajat mereka, hati berdegup kencang tak terkira..rasa mcm nk loncat smpai langit ke -7 pun ad..pertama kali dalam hidup sebagai seorang gadis..begini rupanya perasaan apabila disunting...

setelah berbincang bersama keluarga,akhirnya ditetapkan tarikh 31 ogos bersamaan raya kedua sebagai tarikh merisik..debar hatiku tidak berhenti lagi..ya Allah,semoga Kau permudahkan segala urusan kami ya Allah..redhailah majlis kami nanti ya Allah..berkatilah majlis kami nanti ya Allah..

keesokan harinya, mama mengajak ke pekan utk melihat2 bju untuk dipakai pada hari tersebut, nak sedondon dengan baju melayu "si dia", colour purple...^_^
cari punya cari punya cari,akhirnya jumpa..alhamdulilah..selesai hal baju..

seterusnya,mama tanya ustaz kt skola,orang melayu suka makan apa yer?xkan nak suruh orang melayu makan makanan jawa,xboleh2..mesti kene dengan selera mereka..risik punye risik,dapat idea untuk masakan..setle lagi satu hal..

hias2 rumah,dari hujung pintu depan,sampai hujung pintu belakang,kalau bukn Allah yg cipta bdn nie,dh patah riuk rasanya badan nie ha,lagi kesian kat mama n ayah..pling sibuk mengemas rumah..maklumlar,nk terima kunjungan tetamu istimewa...^_____^

semakin menghampiri hari tersebut,semakin kuat degupan jantung,ya Allah,berilah ketengan pd hambaMu ini ya Allah..

akhirnya,hari yg dinanti2,tiba juga..=)
alhamdulilah..segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah s.w.t. 
bila Allah berkata jadi, maka jadilah
tiada sesuatu yang terjadi itu tanpa sebab, kerana setiap yg Allah jadikan bersebab dan tidak sia2..

siapalah manusia yg kerdil lg hina disisi Allah utk menghalang perkara yg baik itu dr terjadi..sesungguhnya telah tercatat di luh mahfuz pd hari ini ak akn dirisik, maka ape jua halangan, dgn izin Allah,dgn kudrat Allah yg Maha berkuasa, tiada yg berkuasa melainkan Allah,akan terjadi juga apa yg dirancang oleh Allah,kerana Allah adalah sebaik2 perancang..

nana sajikan dan kongsikan hari bahagia nana bwt tatapan sahabat2 handai,agar dapat sama2 berkongsi kegembiraan nana dan mendoakan semoga jodoh kami kekal selamanya,ameen ya Robb..^_____^

 terima kasih mak (bakal mak mertua) sbb bagi kek nie..nana potong yer..=)

 perkenalkan "si dia" saya..^_^

 mak,berdebar2...dup dap dup dap..=p

 alhamdulilah,selamat menyarung..^^

 selamat tersemat di jari manis sang gadis..=)

 terima kasih mak sebab merestui kami dan terima nana sebagai bakal menantu mak..<3

 sweet moment..<3 <3 <3 terkedu time nie,,rase cm nak ngs pun ade..terharu sgt2..hukhukhuk..
p/s: dah nak jd bini org..oppsss

 terima kasih abg sbb sudi pilih sy sbg teman hidup abg..^_^

K.A.M.I

buat abg...
 terima kasih firstly sebab still contact dgn sy walaupun sy dh pindah maktab..=)
terima kasih jgk sbb abg yg tlg sy mse mtor rosak n abg lar my saver yg sy maksudkan dalam cerita nie..>
trima kasih jgk sebab sudi pilih sy sbg suri dlm hidup abg..^_^
sy akn cuba jd yg terbaik utk abg..hrp kelemahan sy akn jd pelengkap pd abg yer..n_n
nk abg tau yg sy bahagia sgt waktu ini dan sampai bila2 insyaAllah..<3 <3 <3

sekian saja coretan nana bwt kali ini..=)

p/s:  Hadis dari Yahya bin ja’dah adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Perempuan itu dinikahi kerana empat faktor yaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang merugi” (HR Bukhari dan Muslim). 





Tuesday, July 26, 2011

penggambaran filem GENTING 1

assalamualaikum sayang2 sekalian,hrp siht2 belaka yer,sbb nana xberapa siht,demam,batuk,selsema & kemuncaknya,nana dpt mc dua hari..=))

tp walaupun dlm batuk2 n selsema nie,bwt keje "pelik" ckit dgn menambahkan lg kedemaman n kebatukan dgn gi genting highlands 
-pada 23 julai 2011
-12 orang
-dua hari
hotel awana golf n country resort (sedare nana bg diskaun 50% hotel,diskaun tiket themepark for allpark n tiket skyway)
n voucher show glitz(yg nie tyngn antarabangsa,yg bwt persembhn pun,mat n minah2 salleh,jd pakaian dy pun phm2lar,,tau buat xmsuk lg pas nie,,kali pertama & terakhir.)

BUT!!
no boys allowed!!!agagaga...sbb sume yg gi ladies only..(mama tanye,nape xbwk lelaki??nti bley jd BODYGURAD)..tp kami buktikan yg gadis2 pun boleh berdikari jugak!!yeah!!diam2 berisi..=) alhamdulilah kami selamat pergi dan balik..syukur...

,disebabkan sume classmate nana dh update blog psl genting kn kn..ttbe terasa nk update jugak..^_____^

so enjoy this......

 kt ktm bangi,siap2 tggu ktm nk bawak kami ber12 gi KL sentral..=))

kt KL sentral,ttbe nmpk pakcik maasai nie,
"uncle2,can i take ur picture??^_^" 
bukn sng nk jumpe foreigner nie..wink3x.. 

kat dlm bas,tersnap oleh nikonku..^_^ 

 ni kt mne nie??ce teka ce teka..n_n..
nie tgh que nk naik skyway..beratur dekat 45 minit jgklar,,sbb kitorg smpai dh kul 2 lebih,org dh ramai sgt...fuhhhh!!

dlm skyway..*_*
(senyum sbb cover gayat)
kantoi..~_~ 

tempat 1st kitorg pergi,,snoworld..lalalala 

ad ala2 kanak2 univerct oversea x??jeng3x....
thanks to my classmate aisyah humaira sbb amekkn gmbr nie,syg kamu lebih..=)
(time ni ttbe rase mls nk bwk camera msuk,sbb sjuk sgt,,suhu kt dlm nie -9 drjah celcius..)

disbbkn kereta ni sgt unik,
nana pun ameklar gmbr dia,,untunglar dy masuk dlm nikon..ngeeee 

hye akk hantu!!dy nie xnk pndg sinilar,,malu dgn nana lettew..
hehe,mule2 nk msuk dlm uma hantu nie,tp dsbbkn 10 minit rm22,
lgsg xberbaloi,,mmbazir je,,jd snap je lar gmbr hantu nie,,
msuk dlm nikon,,duk diam2 ea.hehehe

depan pentas..^^ 

sape plak nie??$_$ 

depan cermin,cam cun je snap gmbr kt sini,,bla bla bla...... 

ttbe rse cm kt paris,,aaaaaooooooo pasintoooo....!!!!
(berangan jap) 

tik tok teko...besaaaaar 

lapar lapar lapar,,singgah lar KFC..harga dy xusah ckp lar..snack plate yg selalu kt tanah rata nie rm8++ kt sini jd seklai gnda iaitu rm16++
(tp sbb dh lapar n rase2 nie yg pling murah,pkse dlm rela jgklar..^^) 

 kt ats ni,walaupun xmkn kt sini,tp tumpang amek gmbr pun tapelar...^____^

tumpang snap gmbr jap,kat lover brigde <3 <3 <3


ha nie lar dy lover brigde tu.. 

sape nth lg dak sesat..*_*

sekian,tamat sesi hari pertama penggambaran di genting..

p/s: subhanaALLAH,indahya ciptaan ALLAH..

Thursday, July 14, 2011

~NaK DeRmA2xxx~

assalamualaikum n slmt mlm bwt blog kesayangnku yg dh lame xdiupdate..dek kerana kesibukan memanjang..(~_~")
actually,,sgt rindu nk mengarang!!tp xde mse n xde mood..sory sory sory..


meh nana na cite..na dgr x??(xnk dgr sudah) BIG kt mktb kali nie,,khidmat masyarakat yg mana kitorg kene derma darah..

o.O

mlm2 sblm tu dh siap sedia dh..bwt persiapan utk derma drh keesokan paginya..tp tp tp..aty rase dup dap dup dap..


dan akhirnya tertidur smpai lar sok paginya..
di pagi yg hening,,(aritu bgn awal)xcited nk derma drh nie..>_<
smpai2 kt dewan,d bg taklimat n so on..pastu kitorg kene senamrobik!!!hohoho..bg heartbeat laju..ngeeeee

pastu pastu pastu kne isi borang i2 n ini..then,beratur lar kami...(n kitorg kelas 1st,wink3x...)beratur punye beratur akhirnya tiba giliran nana...

mule timbang berat..yes!!lepas....(xsangke akhirnya lepas gak timbang,,aiyooooo)
pastu check drh...awhhh!!!!!!sakiiiiiittt..
X_____X

akhirnya lepas akk nurse yg comel tu amek sample drh..dy bwt ekxperimen ringkas kt sampel2 drh tu..
jeng jeng jeng...akhirnya...........

























adik drh O...
me>>(tau akk..)
tp adik xboleh derma drh,sbb haemoglobin adik rendah..
me>>(tau jgk akk..)(dh agk dh,,hukhukhuk)
T____________________T





ku pasrah dengan segalanya....
tapelar,sedang berazam!!

makan sayur!!(walaupun sblm nie xprnh sentuh sayur)
mkn hati!!(yg nie blm mampu bwt lg)
mkn kerang(ooooo,,,peberet...)

sekian dulu coretan kisah sedih nana di hari BIG kali nie,,tp walaubagaimanapun,,enjoy the day!!
coz dpt tlg serve mknn,angkat mknn..(ce senyum ce senyum)

p/s: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui..



Thursday, June 23, 2011

menyingkap tirai pelangi (part 4)


Iz setiap hari kalau boleh nak mesej nis. Naik rimas si gadis itu dibuatnya. Mau apa sahaja si iz itu, sekadar berbasa basi di sms, tiada hal penting pun.

“ nis siht?tgh ap tu?iz ganggu x?”

“nis dah mkn?”

“nis dh bwt keje sekolah blm?”

“nis tidur awal yer,sok skola kn?”

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh iz agaknya setiap hari sms nis. Tetapi, untuk menjaga hati pemuda itu, nis melayan setiap sms iz kerana tidak mahu dicop sebagai perempuan sombong seterusnya memburukkan nama mamanya yang tidak akan sesekali dilakukan oleh nis. Nis adalah anak yang baik dan taat pada kedua mama dan ayahnya. Nis ingin sekali membalas jasa mamanya yang bersusah payah mengandungkannya 9 bulan 10 hari dengan sakit yang teramat. mamanya menginginkannya  untuk masuk ke universiti sebab mama tak dapat nak masuk uni dulu, sebab atuk tak mampu untuk membiayai mama, akhirnya mama masuk maktab perguruan dan jadilah mama nis sekarang yang sangat dikagumi dan menjadi idol anis, iaitu seorang guru besar sekolah rendah agama. Mama selalu menceritakan tentang kesakitan yang dialami masa mengandungkan nis supaya nis sedar dan belajar bersungguh-sungguh, tidak main-main. Sebelum tidur juga, mama mesti akan masuk bilik nis dan mencium dahi si anak itu kerana rasa kasih seorang mama. Itulah mama nis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

“nis nak tau tak,dulu kan, masa mama mengandungkan nis, mama kene demam campak tau, gatal-gatal satu badan ni, sampai kaki mama kejang, setiap hari waktu petang sebelum mandi ayah nis kene sediakan air panas kat besen,pastu mama rendam kaki biar hilang gatal-gatal, mase nis dalam perut mama ni, mama kene campak nis, nak tau tak doktor tu suruh buat apa dengan nis yang dalam kandungan mama nie?”
“nak buat apa dengan nis mama?”

Nis sambil berbaring di sisi katilnya yang bercorak bunga berlatarkan pink sambil diusap rambut ikalnya yang berwarna keperang-perangan oleh mamanya, mendengar dengan khusyuk dan teliti setiap butir kata yang keluar dari bibir mamanya yang tersayang. Nis sangat suka bila mama memanjakannya sebegitu, serasa sangat disayangi dan rasa selamat. Mamanya pula sudah sedia maklum apabila ingin bercerita pada nis, perlu sebegitu, supaya nis akan merasa selesa.

“doktor tu suruh mama gugurkan nis, sebab demam campak mama teruk, dan umur nis dalam kandungan mama mase tu dah tiga bulan, doktor takut nanti mase nis lahir, nis cacat, jadi doktor suruh mama gugurkan nis, tapi tak sayang, mama sayang sangat kat nis,(sambil mencium pipi nis dengan linangan air mata yang cuba ditakung sekian lama) mama tak sanggup nak membunuh benih yang dah jadi janin sayang, mama sanggup terima nis walaupun kemungkinan besar nis akan cacat, mama rela, mama sanggup,walaupun mama tak nampak nis lagi, tapi kasih sayang mama kat nis tak berbelah bagi, sebab mama nak sangat anak perempuan. Ayah pun tak bagi mama gugurkan nis, ayah bernazar, kalau nis keluar sempurna, ayah akan pakai kopiah kalau keluar rumah seumur hidup sayang, ayah sanggup bernazar demi nis sayang (dan akhirnya air mata mama tumpah juga di pipi nis tanpa dapat disekat dan nis juga turut menangis kerana terlalu sayu dan amat menyayangi mamanya itu, tidak disangka, begitu payah mama terseksa semasa mengandungkannya). Selama 9 bulan mengandungkan nis, mama tak boleh cium bau minyak wangi, bau sabun, bau segala macam minyak lar, nanti mama muntah, sampailah mase melahirkan nis, bidan yang sambut nis terkejut sebab nis lahir sempurna, tapi, nis ada dua uri, maknenye nis ada kembar tau sayang (nis dah membulatkan matanya)”

“Yeker mama?mane kembar nis mama?kenapa nis tak pernah jumpe dia mama?”

“tak taular nis, nis Cuma ada dua uri, mak bidan yang sambut nis pesan kat mama suruh jage nis baik-baik, banyak dugaan nak besarkan nis. Nis nie istimewa. Ayah pun syukur sangat sebab nis lahir sempurna, semua orang gembira sangat. Syukur alhamdulilah anak mama dah besar panjang sekarang, comel, cantik. Mama syukur sangat.”

“patutlah nis tengok ayah tak pernah tak pakai kopiah kalau keluar umah yer mama, huk huk huk, sedihnya mama, nis janji nis akan tunaikan impian mama untuk masuk uni, nak banggakan mama, tak nak kecewakan mama.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak beberapa lama selepas iz dan nis berkawan, iz ada menyuarakan sesuatu yang membuatkan nis tidak senang duduk dibuatnya. Pagi petang siang malam sentiasa gelisah. Nis sentiasa murung, tidak seceria selalu di hadapan mata mamanya yang sangat mengenali setiap riak wajah anak perempuannya yang seorang itu. Setiap kali di hadapan meja makan, nis hanya kana menguis nasi di hadapannya, dan selera makannya juga berkurangan. Mama nis tak kan biarkan hal itu berlanjutan. Bakal dicari waktu yang sesuai untuk berbicara dua mata bersama anak gadisnya yang sudah meningkat dewasa itu.

Nis yang dikenali puan Armah sangat periang dan peramah, tidak seperti nis yang ini, muram, tidak bersemangat, tentu sahaja membuatkan hati seorang ibu rasa terjerut dan meronta-ronta ingin tahu apa yang dirasai anak gadisnya itu, dan ingin berkongsi rasa kerana antara dia dan nis tiada rahsia. Bagi nis, mamanya adalah segala-galanya bagi nis. Mama adalah kawan terbaiknya, mamanya, penasihatnya, gurunya, senang kata semuanya mamanya.

Nis juga akan menceritakan setiap rahsianya pada mamanya. Tiada rahsia antara nis dan mamanya. Siapa yang nis suka di sekolah, tentang cikgunya, rakan-rakannya, lelaki yang diminatinya, yang dibencinya dan apa sahaja pasti akan diceritanya pada mamanya, tetapi mengapa kali ini nis tidak memberitahunya. Mamanya berazam untuk mencungkilnya dari nis sedikit masa lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nis semakin runsing, mau dijawab apa pada permintaan si iz itu, tidak ke iz tu berfikir, yang nis nak belajar dulu, tidak mahu berfikir atau memberi komitmen pada benda lain seperti itu. Tidka dijawab semakin runsing, mau diajwab, tiada jawapan untuk persoalan itu. Sudah berapa hari nis hilang selera makan, tumpuannya dalam pelajaran juga terganggu dek memikirkan perkara tersebut.

“Haish!!pening-pening,huhuhu. Macamaner nie???aku nak jawab ape kat dia nie. Nak cerita kat mama, nanti mama cakap ape pulak, tak cerita kat mama, tak tau nak cakap dengan sape, tak kawan-kawan aku nak bagi pendapat pulak, salah pendapat nanti aku jugak yang merana. Tak gitu nis??pikir pikir pikir!!”

Lalu dibiarkan lar sehingga seminggu berlarutan nis dengan keadaannya sebegitu juga, tiada riak perubahan akan ebrlaku sekiranya ditangguh lagi masalah yang satu ini, tidak akan selesai.

“nak buat camaner lagi ni, cume ada satu jalan je! Ye!satu jalan je..lepas nie apa nak jadi, jadilah.”