mI AmIgA

Thursday, June 23, 2011

menyingkap tirai pelangi (part 4)


Iz setiap hari kalau boleh nak mesej nis. Naik rimas si gadis itu dibuatnya. Mau apa sahaja si iz itu, sekadar berbasa basi di sms, tiada hal penting pun.

“ nis siht?tgh ap tu?iz ganggu x?”

“nis dah mkn?”

“nis dh bwt keje sekolah blm?”

“nis tidur awal yer,sok skola kn?”

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh iz agaknya setiap hari sms nis. Tetapi, untuk menjaga hati pemuda itu, nis melayan setiap sms iz kerana tidak mahu dicop sebagai perempuan sombong seterusnya memburukkan nama mamanya yang tidak akan sesekali dilakukan oleh nis. Nis adalah anak yang baik dan taat pada kedua mama dan ayahnya. Nis ingin sekali membalas jasa mamanya yang bersusah payah mengandungkannya 9 bulan 10 hari dengan sakit yang teramat. mamanya menginginkannya  untuk masuk ke universiti sebab mama tak dapat nak masuk uni dulu, sebab atuk tak mampu untuk membiayai mama, akhirnya mama masuk maktab perguruan dan jadilah mama nis sekarang yang sangat dikagumi dan menjadi idol anis, iaitu seorang guru besar sekolah rendah agama. Mama selalu menceritakan tentang kesakitan yang dialami masa mengandungkan nis supaya nis sedar dan belajar bersungguh-sungguh, tidak main-main. Sebelum tidur juga, mama mesti akan masuk bilik nis dan mencium dahi si anak itu kerana rasa kasih seorang mama. Itulah mama nis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

“nis nak tau tak,dulu kan, masa mama mengandungkan nis, mama kene demam campak tau, gatal-gatal satu badan ni, sampai kaki mama kejang, setiap hari waktu petang sebelum mandi ayah nis kene sediakan air panas kat besen,pastu mama rendam kaki biar hilang gatal-gatal, mase nis dalam perut mama ni, mama kene campak nis, nak tau tak doktor tu suruh buat apa dengan nis yang dalam kandungan mama nie?”
“nak buat apa dengan nis mama?”

Nis sambil berbaring di sisi katilnya yang bercorak bunga berlatarkan pink sambil diusap rambut ikalnya yang berwarna keperang-perangan oleh mamanya, mendengar dengan khusyuk dan teliti setiap butir kata yang keluar dari bibir mamanya yang tersayang. Nis sangat suka bila mama memanjakannya sebegitu, serasa sangat disayangi dan rasa selamat. Mamanya pula sudah sedia maklum apabila ingin bercerita pada nis, perlu sebegitu, supaya nis akan merasa selesa.

“doktor tu suruh mama gugurkan nis, sebab demam campak mama teruk, dan umur nis dalam kandungan mama mase tu dah tiga bulan, doktor takut nanti mase nis lahir, nis cacat, jadi doktor suruh mama gugurkan nis, tapi tak sayang, mama sayang sangat kat nis,(sambil mencium pipi nis dengan linangan air mata yang cuba ditakung sekian lama) mama tak sanggup nak membunuh benih yang dah jadi janin sayang, mama sanggup terima nis walaupun kemungkinan besar nis akan cacat, mama rela, mama sanggup,walaupun mama tak nampak nis lagi, tapi kasih sayang mama kat nis tak berbelah bagi, sebab mama nak sangat anak perempuan. Ayah pun tak bagi mama gugurkan nis, ayah bernazar, kalau nis keluar sempurna, ayah akan pakai kopiah kalau keluar rumah seumur hidup sayang, ayah sanggup bernazar demi nis sayang (dan akhirnya air mata mama tumpah juga di pipi nis tanpa dapat disekat dan nis juga turut menangis kerana terlalu sayu dan amat menyayangi mamanya itu, tidak disangka, begitu payah mama terseksa semasa mengandungkannya). Selama 9 bulan mengandungkan nis, mama tak boleh cium bau minyak wangi, bau sabun, bau segala macam minyak lar, nanti mama muntah, sampailah mase melahirkan nis, bidan yang sambut nis terkejut sebab nis lahir sempurna, tapi, nis ada dua uri, maknenye nis ada kembar tau sayang (nis dah membulatkan matanya)”

“Yeker mama?mane kembar nis mama?kenapa nis tak pernah jumpe dia mama?”

“tak taular nis, nis Cuma ada dua uri, mak bidan yang sambut nis pesan kat mama suruh jage nis baik-baik, banyak dugaan nak besarkan nis. Nis nie istimewa. Ayah pun syukur sangat sebab nis lahir sempurna, semua orang gembira sangat. Syukur alhamdulilah anak mama dah besar panjang sekarang, comel, cantik. Mama syukur sangat.”

“patutlah nis tengok ayah tak pernah tak pakai kopiah kalau keluar umah yer mama, huk huk huk, sedihnya mama, nis janji nis akan tunaikan impian mama untuk masuk uni, nak banggakan mama, tak nak kecewakan mama.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak beberapa lama selepas iz dan nis berkawan, iz ada menyuarakan sesuatu yang membuatkan nis tidak senang duduk dibuatnya. Pagi petang siang malam sentiasa gelisah. Nis sentiasa murung, tidak seceria selalu di hadapan mata mamanya yang sangat mengenali setiap riak wajah anak perempuannya yang seorang itu. Setiap kali di hadapan meja makan, nis hanya kana menguis nasi di hadapannya, dan selera makannya juga berkurangan. Mama nis tak kan biarkan hal itu berlanjutan. Bakal dicari waktu yang sesuai untuk berbicara dua mata bersama anak gadisnya yang sudah meningkat dewasa itu.

Nis yang dikenali puan Armah sangat periang dan peramah, tidak seperti nis yang ini, muram, tidak bersemangat, tentu sahaja membuatkan hati seorang ibu rasa terjerut dan meronta-ronta ingin tahu apa yang dirasai anak gadisnya itu, dan ingin berkongsi rasa kerana antara dia dan nis tiada rahsia. Bagi nis, mamanya adalah segala-galanya bagi nis. Mama adalah kawan terbaiknya, mamanya, penasihatnya, gurunya, senang kata semuanya mamanya.

Nis juga akan menceritakan setiap rahsianya pada mamanya. Tiada rahsia antara nis dan mamanya. Siapa yang nis suka di sekolah, tentang cikgunya, rakan-rakannya, lelaki yang diminatinya, yang dibencinya dan apa sahaja pasti akan diceritanya pada mamanya, tetapi mengapa kali ini nis tidak memberitahunya. Mamanya berazam untuk mencungkilnya dari nis sedikit masa lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nis semakin runsing, mau dijawab apa pada permintaan si iz itu, tidak ke iz tu berfikir, yang nis nak belajar dulu, tidak mahu berfikir atau memberi komitmen pada benda lain seperti itu. Tidka dijawab semakin runsing, mau diajwab, tiada jawapan untuk persoalan itu. Sudah berapa hari nis hilang selera makan, tumpuannya dalam pelajaran juga terganggu dek memikirkan perkara tersebut.

“Haish!!pening-pening,huhuhu. Macamaner nie???aku nak jawab ape kat dia nie. Nak cerita kat mama, nanti mama cakap ape pulak, tak cerita kat mama, tak tau nak cakap dengan sape, tak kawan-kawan aku nak bagi pendapat pulak, salah pendapat nanti aku jugak yang merana. Tak gitu nis??pikir pikir pikir!!”

Lalu dibiarkan lar sehingga seminggu berlarutan nis dengan keadaannya sebegitu juga, tiada riak perubahan akan ebrlaku sekiranya ditangguh lagi masalah yang satu ini, tidak akan selesai.

“nak buat camaner lagi ni, cume ada satu jalan je! Ye!satu jalan je..lepas nie apa nak jadi, jadilah.”


 



Tuesday, June 14, 2011

menyingkap tirai pelangi (part 3)


“kakak,kimi nak beli tempe lar kak,lapar,temankan gi kantin.jom lar ,jom lar.”kimi adik nis yang sangat manje dengan panggilan meme yang baru berusia 7 tahun merengek mahu ditemankan ke kantin sekolah mamanya kerana pada waktu tersebut,sudah menginjak ke jam 12 tengah hari dan merek masih di pejabat sekolah mamanya. “ok lar,jom2…ish3,manjenye die nie!”sambil memakai kasut bum pink kesayangannya, nis berlari-lari anak ke kantin kerana sudah ketinggalan beberapa tapak di belakang adiknya yang bersemangat mahu makan tempe kegemarannya. (sambil mencubit pipi adiknye kerana geram dengan perangainya yang suka merengek),”kim, janganlar lari laju2,kot yer pun lapar,tunggular akak jap.

“Kimi nak tempe 2 keping tempe kak.”dengan laju kimi menunjukkan dua jarinya pada akak kantin yang bersedia untuk melayannya sesampainya dia sampai ke kantin. “berapa harga ni kak?” nis sudah bersedia mengeluarkan not rm1 dari dompet tropicanya yang dibeli di jusco Bukit Tinggi. “tak yah bayar,akak bagi percuma je tu, tapi ada syaratnye.” Akak kantin itu tersengih2 sembil memandang nis yang dah mula membuat muka blurnya seperti selalu.”err,beli tempe pun ade syarat jugak ye kak?ape dia syaratnye kak?”sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal,nis dah merasa ade something wrong somewhere dengan akak kantin tersebut.”akak nak nombor awak boleh?awak anak guru besar kan?”bertambah kedut di dahi nis dengan permintaan akak yang baru dikenalinya pada hari tersebut. Hatinya berdesis akak ni nak bwt ape dengan nombor aku,xkan nk jual kat kedai 2 hengget kot.agak2lar pun kak oii.. “err, akak nak buat ape dengan nombor saya kak?”.akak kantin tersebut dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan menjawab “akak saje nak buat koleksi,mane tau ade hal emergency dengan mak awak, ade nombor awak, senang nk contact”,dengan alasan yang agak munasarawak yang diberi oleh akk tersebut,dengan tanpa ragu2,nis pun memberikan nombor telefonnya.

Keesokan harinya iaitu hari sabtu,pada waktu petang yang agak tak berapa nak hening,redup-redup,panas-sikit,sejuk sikit,titibe nis mendapat 1 mesej yang berbunyi “salam dik,kenal tak nie sapa?” nis yang tengah menjamah pisang goreng yang dibeli bapanya di ruang tamu bersama ibunya sambil menonton cerita hindustan di televisyen meloncat ke meja di sebelahnya dengan tangan yang masih berminyak. Phonenya menjerit lagu “rimas” minta dijenguk. “laaar,tak bagi nama tak bagi ape,mne nak tau dia ni sape,betullar orang ni.” Terus diletak kembali phonenya, tidak dilayannya. Sebab nis memang orang yang malas melayan nombor yang tak dikenali, tetapi tak sampai 10 saat phonenye berbunyi kembali menandakan ada mesej masuk. “hailar phone nie,orang nak makan pun tak senang,huhuhu.” “nie akak kantin yang mintak nombor adik semalam”.  “I see, maaflar kak, saya mmg xlyn no. yg sy xknl” nis menjawab pendek,malas melayan orang di hujung talian sana kerana mengganggu minum petangnya.

Mesej bertalu-talu di telefon berselang-seli dengan jeritan panggilan tidak dijawab di telefon bimbit nis membuatkan mamanya mengalih mata dari peti televisyen lalu bertanya “nis sayang, kenapa tak jawab telefon tu, mane tau penting ke?”  “ tak pentinglar mama, biar aje lar, nanti nis rajin nis jawablar, hehehe” sambil tersenyum menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik. Mesej terakhir yang diterimanya, “ adik lelaki akak nak kenal dengan adik, boleh kan?adik tak kesah kan? Nanti dia mesej adik.” Nis dah bermuka pelik. “aduii, adik lelaki mane pulak ni?huhuhu,,tulun3x!!”
Mesej2 seterusnya memang bukan dari nombor akak tersebut, tetapi nombor yang juga tidak dikenalinya yang menyatakan bahawa beliau adalah ‘adik lelaki’ kepada akak kantin tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya, nis dapat datang ke sekolah seperti biasa setelah diberi MC oleh doktor selama  3 hari “waaah,,,boringnya dok uma,xde wat pape, aku dapat bape A ye?harap-haraplar tak mengecewakan mama & ayah nanti,amen.” sambil membawa motor ego merahnya ke sekolah, dia sudah berfikir-fikir berapa A menjadi miliknya hasil trial examnya beberapa bulan yang lalu. Mukanya seceria suria yang memancar pada hari tersebut bila nampak bumbung sekolahnya dari seberang jalan.  Setelah memarkir ego kesayangannya, nis yang sedang berjalan ke pondok basikal untuk meletak topi keledarnya yang berwarna silver ditegur rakan sekelasnya, iza yang juga baru sampai dan ingin meletak topi keledar. “amboi si tinggi lampai nie, jalan xpandang orang pun yer. Mentang2lar result gempak.” Nis yang menoleh lantas memeluk iza yang merupakan salah sorang rakan baiknya tanpa manghiraukan beberapa pelajar yang memandang mereka dengan air muka yang tidak dapat ditafsirkan. “iza!!!!!rindu kau!!tak mesej aku pun kan,sedih tau, kecik ati aku.” Iza merupakan seorang pengawas di sekolah tersebut, selain iza, nis juga mempunyai 3 lagi rakan karib iaitu lija yang juga seorang pengawas, tetapi up lagi sikit dari iza, iaitu penolong pengawas 2, pad juga pengawas seperti iza, atiq yang sebarisan denganya iaitu PRS (pembimbing rakan sebaya)  “alaar,sorilar sayang, aku aku balik Johor sabtu ritu, nenek aku sakit. Sori ea, nanti aku belanja kau keropok lekor ea,hihihi” iza memang pandai memujuk, bak kate lija, “kalau iza yang memujuk,mesti semua orang cair,hahahaha”.

Mereka adalah geng merah kuning yang sangat terkenal dengan kenakalan mereka mengusik cikgu-cikgi di sekolah, tetapi dalam masa yang sama, mereka sangat ringan tulang dalam membantu cikgu-cikgi di sekolah,sehingga kesemua cikgu di sekolah mereka mengenali mereka termasuklah pengetua sekolah yang mana pengetua mereka adalah cikgu kepada ayah & mama nis, yang mewajibkan pengetua itu mengenali nis. “semua cikgu tanye kitorang aritu, mane ko,nape tak datang 3 ari, pening lalat nak termuntah kitorang menjawabnya, ko bawak surat MC kan, kalau tak, alamat kene makanlar ko dengan ustaz Im.” Kesemua cikgu sedia maklum, kalau mereka ke mana-mana, pasti tidak akan berenggang, mesti kelima2 ada, kalau sorang dari mereka tidak kelihatan, begitulah gamatnya, akan ditanya oleh cikgu2 ke mana salah sorang ‘kembar’ mereka.

Walaupun mereka tidak sekampung, tetapi keakraban mereka sudah seperti air dicincang tak akan putus. Bermain bersama, kelas sama, keluar kemana-mana juga bersama,kegemaran dan minat pun hampir sama, Cuma yang membezakan mereka adalah rumah sukan.

Sesampainya mereka ke kelas, nis dikejutkan dengan ucapan tahniah oleh rakan2 sekelasnya. “surprise!” nis Berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini, sesuatu yang sangat tidak disangka2 oleh nis. “maunya aku tak pengsan kat depan kelas tadi,korang nie kan!!!nakal betul!”nis mengejar keempat-empat rakan karibnya sekeliling kelas kerana sengaja merancang untuk memberi kejutan padanya pada hari tersebut sehingga cikgu addmath mereka, cikgu Syam masuk ke kelas dengan membawa rotannya mengacukan pada mereka supaya berhenti berlari. begitulah nis dan rakan2 sekelasnya. Akrab dan rapat sudah seperti adik beradik lain mak lain bapak. Begitupun, mereka sudah pasti tahu batas2 pergaulan yang ditetapkan. Walaupun sudah 17 tahun, tetapi perangai mereka tak ubah seperti kanak-kanak berusia 7 tahun.