mI AmIgA

Thursday, May 12, 2011

menyingkap tirai pelangi (part 2)

                                      (kek ferevetku,,nyam3..)

keesokan harinya, yang pada hari tersebut nis dan kawan-kawan fivernye yang lain mengetahui result trial mereka, terpakse membatalkan niatnya untuk ke sekolah gara-gara mamanye menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengheret anak perempuannya ke tempat yang paling diboikot oleh nis!awal-awal subuh sudah dipesan oleh mamanya untuk tidak perlu ke sekolah hari tersebut.

“Mama,ramai oranglar hari nie,tengok tu,beratur berjelar-jelar cam train”.sudah gaya seperti anak kecil menceritakan imaginasi mereka sambil melebarkan tangannya di hadapan dashboard kereta.”kite gi ari lain je lar ea ea mama.jum balik.takde pape nie,sok ilang kot.takde sakit pape pun,tengok ni tengok ni.”Nis di sebelah tempat duduk pemandu di sisi mamanya sambil melentok-lentokkan lehernya ke kanan dan kiri gara-gara tidak mahu dihantar ke hospital. Di dalam kereta sepanjang perjalanan ke hospital td, mukanya sudah seperti penyidai baju.”mulut itik pun kalah”.desis hati mamanya.  

“Ish2 nis nie,sekejap je lar tue que nye.nak daftar je.biasalar ari ni kan ari isnin,memanglar ramai sikit.mama risau tengok bengkak nis tu,makin lama makin besar je ma tengok.kita check ye sayang,nanti kalau doktor kata takde pape,ma belanja nis coklar indulgence kegemaran nis yer”.pujukan mamanya akhirnya menghilangkan sedikit cuak nis untuk berjumpa dengan doktor.”janji tau mama,nak coklat indulgence dua”.sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.salah satu asetnya yang mahal!

Setelah puas mencari parking kereta di bangunan hospital besar di pekan Banting,akhirnya berhasil juga mama nis memarkir keretanya di sebelah kereta proton wira maroon, setelah melihat sebuah kereta kancil berwarna hitam keluar dari parker kereta. Sambil mengunci kereta, mama nis tidak lupa untuk membawa tas tangannya, berjalan beriringan nis ke bangunan poliklinik hospital berkenaan.

Nis yang tidak lepas dengan earphonenya yang sedang mendendangkan lagu ‘pulangkan’ nyanyian misha omar makin meremang bulu roma bila melihat di dalam poliklinik tersebut sangat sesak dengan bermacam ragam orang yang sakit macam tin sardin. Makin menjadi-jadi gigilannya sehingga dia terpaksa memegang tangan mamanya untuk mendaftar di kaunter pendaftaran.

“nis gi cari tempat duduk dulu yer.mama nak daftarkan nis,meh bak sini nis punye IC”,sambil mencari-cari ICnye,nis Nampak dua tempat duduk kosong berdekatan mereka,”mama,nah nie,jaga leklok tau IC nis,ilang nanti jadi PATI nis tau.hehehe.”dengan gaya ala-ala model,nis berjalan ke kerusi kosong berhampiran bilik pemeriksaan sambil membetulkan letak earphonenye yang nyaris-nyaris terjatuh akibat terlalu panik seketika mencari ICnya.

“ma,lama lagi ke nak masuk nie ma,nis hauslar ma,dah berjanggut tunggu nie”.punggung dah panas asyik duduk je,boleh kematu ni ha.”sabarlar,kejap je lagi nombor nis nak naik,sabar yer.ingat coklat indulgence”.nis dengan muka seposennya menguis-nguis kasut bum miliknya akibat terlalu bosan.

-----------------------------------------------------------------

“saya kurang pasti dengan penyakit anak puan, kalau tengok dari ujian darah dan tisu ni,anak puan tak menghidap sebarang masalah thyroid atau apape komplikasi “.doktor separuh umur tersebut berkerut-kerut dahinya sambil membetulkan cermin matanya melihatkan kepelikkan yang berlaku. Tiada juga tanda-tanda nis menghidapi thyroid atau bengkak leher. Tapi bagaimana bengkak sebesar telur itu boleh wujud?”takpelar puan,macam ni lar,saya akan panjangkan kes ini kepada doktor pakar di Klang untuk pemeriksaan lanjut.kemudian,puan dan nis boleh terus ke sana untuk medical checkup seterusnya,tidak perlu ke klinik lagi yer.” Doktor tersebut menulis sesuatu di kertas dan memberikan kepada nurse yang bertugas.

“mama,nis nak tuntut coklat indulgence nie.dua tau.hehe.”,sambil berlari-lari anak ke parker kereta kerana kek secret resepi kesukaannya bakal menjadi lunchnya untuk hari itu walaupun tidak mengetahui lagi result trialnya.”kan nis dah cakap,takde pape,ma xcaye,tengok doktor tu dah pening-pening lalat tak terkata dibuatnya. Tak pasal-pasal diheret kes ni ke Klang pulak,dah satu hal nak gi sana.kan selalu jalan jammed ma”.nis dan bebelannya yang tak sudah-sudah.nis tidak mahu menyusahkan mamanya kerana mamanya sendiri sudah terlalu banyak hal yang ingin diuruskan di sekolah,mentadbir dan memeriksa itu dan ini segala macam jadah. Tambah lagi satu beban untuk menghantarnya ke hospital Klang.tetapi yang tidak diketahui nis,mamanya runsing dan sangat takut apa yang difikirkan beberapa minggu lalu menjadi kenyataan.

“ustazah nak tau,ustazah normah kena ‘buatan’ orang,sebab tu dah berapa hari tak datang ngajar,dengar kata terlantar je kat rumah,teruk jugaklar hari tu saya melawat,muka dah pucat sangat,macam xberdarah n bla bla bla,kalau ustazah perasan,sejak orang kantin tu keluar dari sekolah kita nie,semua orang yang dia tak suka,semua sakit.ustazah satu family sihat-sihat je kan?ustazah rina guru kantin tu pun,minggu lepas seminggu amek mc sebab check doktor, doktor kata darah dia hilang,habis,tak tau kemana.”

terbayang ustazah normah yang sudah tinggal 6bulan perkhidmatannya di sekolah tersebut,menanggung derita,juga ustazah rina yang badannya sihat dan sentiasa menceriakan suasana,dengan tiba-tiba menjadi senyap dan tidak banyak kata,banyak sungguh perubahan pada dirinya,pucat lesi wajahnya, minda mama nis mula membayangkan satu persatu kisah-kisah pelik yang terjadi sejak keluarnya orang kantin sekolah mereka……

No comments:

Post a Comment