mI AmIgA

Thursday, June 23, 2011

menyingkap tirai pelangi (part 4)


Iz setiap hari kalau boleh nak mesej nis. Naik rimas si gadis itu dibuatnya. Mau apa sahaja si iz itu, sekadar berbasa basi di sms, tiada hal penting pun.

“ nis siht?tgh ap tu?iz ganggu x?”

“nis dah mkn?”

“nis dh bwt keje sekolah blm?”

“nis tidur awal yer,sok skola kn?”

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh iz agaknya setiap hari sms nis. Tetapi, untuk menjaga hati pemuda itu, nis melayan setiap sms iz kerana tidak mahu dicop sebagai perempuan sombong seterusnya memburukkan nama mamanya yang tidak akan sesekali dilakukan oleh nis. Nis adalah anak yang baik dan taat pada kedua mama dan ayahnya. Nis ingin sekali membalas jasa mamanya yang bersusah payah mengandungkannya 9 bulan 10 hari dengan sakit yang teramat. mamanya menginginkannya  untuk masuk ke universiti sebab mama tak dapat nak masuk uni dulu, sebab atuk tak mampu untuk membiayai mama, akhirnya mama masuk maktab perguruan dan jadilah mama nis sekarang yang sangat dikagumi dan menjadi idol anis, iaitu seorang guru besar sekolah rendah agama. Mama selalu menceritakan tentang kesakitan yang dialami masa mengandungkan nis supaya nis sedar dan belajar bersungguh-sungguh, tidak main-main. Sebelum tidur juga, mama mesti akan masuk bilik nis dan mencium dahi si anak itu kerana rasa kasih seorang mama. Itulah mama nis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

“nis nak tau tak,dulu kan, masa mama mengandungkan nis, mama kene demam campak tau, gatal-gatal satu badan ni, sampai kaki mama kejang, setiap hari waktu petang sebelum mandi ayah nis kene sediakan air panas kat besen,pastu mama rendam kaki biar hilang gatal-gatal, mase nis dalam perut mama ni, mama kene campak nis, nak tau tak doktor tu suruh buat apa dengan nis yang dalam kandungan mama nie?”
“nak buat apa dengan nis mama?”

Nis sambil berbaring di sisi katilnya yang bercorak bunga berlatarkan pink sambil diusap rambut ikalnya yang berwarna keperang-perangan oleh mamanya, mendengar dengan khusyuk dan teliti setiap butir kata yang keluar dari bibir mamanya yang tersayang. Nis sangat suka bila mama memanjakannya sebegitu, serasa sangat disayangi dan rasa selamat. Mamanya pula sudah sedia maklum apabila ingin bercerita pada nis, perlu sebegitu, supaya nis akan merasa selesa.

“doktor tu suruh mama gugurkan nis, sebab demam campak mama teruk, dan umur nis dalam kandungan mama mase tu dah tiga bulan, doktor takut nanti mase nis lahir, nis cacat, jadi doktor suruh mama gugurkan nis, tapi tak sayang, mama sayang sangat kat nis,(sambil mencium pipi nis dengan linangan air mata yang cuba ditakung sekian lama) mama tak sanggup nak membunuh benih yang dah jadi janin sayang, mama sanggup terima nis walaupun kemungkinan besar nis akan cacat, mama rela, mama sanggup,walaupun mama tak nampak nis lagi, tapi kasih sayang mama kat nis tak berbelah bagi, sebab mama nak sangat anak perempuan. Ayah pun tak bagi mama gugurkan nis, ayah bernazar, kalau nis keluar sempurna, ayah akan pakai kopiah kalau keluar rumah seumur hidup sayang, ayah sanggup bernazar demi nis sayang (dan akhirnya air mata mama tumpah juga di pipi nis tanpa dapat disekat dan nis juga turut menangis kerana terlalu sayu dan amat menyayangi mamanya itu, tidak disangka, begitu payah mama terseksa semasa mengandungkannya). Selama 9 bulan mengandungkan nis, mama tak boleh cium bau minyak wangi, bau sabun, bau segala macam minyak lar, nanti mama muntah, sampailah mase melahirkan nis, bidan yang sambut nis terkejut sebab nis lahir sempurna, tapi, nis ada dua uri, maknenye nis ada kembar tau sayang (nis dah membulatkan matanya)”

“Yeker mama?mane kembar nis mama?kenapa nis tak pernah jumpe dia mama?”

“tak taular nis, nis Cuma ada dua uri, mak bidan yang sambut nis pesan kat mama suruh jage nis baik-baik, banyak dugaan nak besarkan nis. Nis nie istimewa. Ayah pun syukur sangat sebab nis lahir sempurna, semua orang gembira sangat. Syukur alhamdulilah anak mama dah besar panjang sekarang, comel, cantik. Mama syukur sangat.”

“patutlah nis tengok ayah tak pernah tak pakai kopiah kalau keluar umah yer mama, huk huk huk, sedihnya mama, nis janji nis akan tunaikan impian mama untuk masuk uni, nak banggakan mama, tak nak kecewakan mama.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak beberapa lama selepas iz dan nis berkawan, iz ada menyuarakan sesuatu yang membuatkan nis tidak senang duduk dibuatnya. Pagi petang siang malam sentiasa gelisah. Nis sentiasa murung, tidak seceria selalu di hadapan mata mamanya yang sangat mengenali setiap riak wajah anak perempuannya yang seorang itu. Setiap kali di hadapan meja makan, nis hanya kana menguis nasi di hadapannya, dan selera makannya juga berkurangan. Mama nis tak kan biarkan hal itu berlanjutan. Bakal dicari waktu yang sesuai untuk berbicara dua mata bersama anak gadisnya yang sudah meningkat dewasa itu.

Nis yang dikenali puan Armah sangat periang dan peramah, tidak seperti nis yang ini, muram, tidak bersemangat, tentu sahaja membuatkan hati seorang ibu rasa terjerut dan meronta-ronta ingin tahu apa yang dirasai anak gadisnya itu, dan ingin berkongsi rasa kerana antara dia dan nis tiada rahsia. Bagi nis, mamanya adalah segala-galanya bagi nis. Mama adalah kawan terbaiknya, mamanya, penasihatnya, gurunya, senang kata semuanya mamanya.

Nis juga akan menceritakan setiap rahsianya pada mamanya. Tiada rahsia antara nis dan mamanya. Siapa yang nis suka di sekolah, tentang cikgunya, rakan-rakannya, lelaki yang diminatinya, yang dibencinya dan apa sahaja pasti akan diceritanya pada mamanya, tetapi mengapa kali ini nis tidak memberitahunya. Mamanya berazam untuk mencungkilnya dari nis sedikit masa lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nis semakin runsing, mau dijawab apa pada permintaan si iz itu, tidak ke iz tu berfikir, yang nis nak belajar dulu, tidak mahu berfikir atau memberi komitmen pada benda lain seperti itu. Tidka dijawab semakin runsing, mau diajwab, tiada jawapan untuk persoalan itu. Sudah berapa hari nis hilang selera makan, tumpuannya dalam pelajaran juga terganggu dek memikirkan perkara tersebut.

“Haish!!pening-pening,huhuhu. Macamaner nie???aku nak jawab ape kat dia nie. Nak cerita kat mama, nanti mama cakap ape pulak, tak cerita kat mama, tak tau nak cakap dengan sape, tak kawan-kawan aku nak bagi pendapat pulak, salah pendapat nanti aku jugak yang merana. Tak gitu nis??pikir pikir pikir!!”

Lalu dibiarkan lar sehingga seminggu berlarutan nis dengan keadaannya sebegitu juga, tiada riak perubahan akan ebrlaku sekiranya ditangguh lagi masalah yang satu ini, tidak akan selesai.

“nak buat camaner lagi ni, cume ada satu jalan je! Ye!satu jalan je..lepas nie apa nak jadi, jadilah.”


 



1 comment:

  1. akk!! ble nk smbung ni?? waiting......zZzzZZ
    besh la cte ni!! :)

    ReplyDelete