mI AmIgA

Wednesday, November 2, 2011

Menyingkap tirai pelangi (part 6)

Seperti kebiasaan selepas pulang dari sekolah, nis akan pergi ke bilik airnya yang bertemakn blue sky yang terletak bersebelahan dapur rumah untuk membersihkan diri. Kalau tidak, alamatlar baju sekolah akan lencun dengan rembesan peluh dek kerna kayuhan basikal dari sekolahnya yang terletak kira-kira 1km dari rumah. Baru ingin melangkah ke bilik air, kedengaran aliff aziz berdendang lagu sayang-sayang di telefon bimbit nis menandakan ada panggilan masuk, tetapi tidak dihiraukannya lantas menuju ke bilik air.
“kalau penting, nanti pandai-pandailar pemanggil tu telefon balik, kalau tak penting, dia tak call balik”, desis hati kecilnya seraya menghidupkan pili shower dan membersihkan diri tanpa menghiraukan jeritan yang minta diangkat tadi.
Setelah segar bugar, sekembalinya ke kamar, selang beberapa saat seuasai mengenakan t-shirt warna kegemarannya, light pink dan seluar track bottom adidas berwarna hitam, telefon menjerit lagi minta diangkat segera. Tanpa melihat si pemanggil, nis terus menjawab panggilan yang membuatkannya terpaku setiap kali mendapat panggilan sebegitu.

“hello assalamualaikum”
“waalaikummussalam nis, tengah buat apa tu?bz ke?iz call banyak kali kenapa tak angkat?”
“oh iz, ingatkan sape tadi,takdelar bz sangat pun, baru balik ‘berjoging’”
Macamlar dia tak tau time-time cam nie aku baru balik sekolah,ish ish ish, penat kot kayuh basikal, bagilar aku rest sekejap.
“berjoging?bukan nis baru balik sekolah ke?”
Heeee, tau pon, saje je Tanya cenggitu. Atoyai..
“yelar, jogging lar kirenya kan kayuh basikal dari sekolah balik rumah, erm, ada apa yer call nis nie?”
Hah amek nie, suara mendatar aku bagi kau.hahaha, kejam tak kejam tak?
“owh, bergurau dengan iz yer, sweetnye, hihihi”
Kedengaran gelik kecil di hujung talian, aku ingatkan dia tau aku nak rehat, lain pulak jadinya.
“ sebenarnya kalau niz tak bz, datang sekolah mama kejap boleh?iz ada something nak bg kat nis nie.”
Aku sempat mengutuk dia dalam hati, dia nak bagi something pulak, alamak, titibe rase berdosa pulak kutuk-kutuk dia tadi. Segera nis ucapkan istigfar mintak ampun daripada Allah atas ketelanjurannya sebentar tadi. Astagfirullahalazim.
“oh, ade ape yer?”
“datang sini, baru tau ok?iz tunggu nis”
“erm, okey. Bagi nis 10 minit, nis gi siap, assalamualaikum”
“waalaikummussalam”
gagang diletak dan nis terus mengenakan sweater berwarna senada dengan t-shirt yang dipakainya, light pink dan tudung berwarna hitam yang sudah sedia bergantung di penyangkut tudung.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesampainya di sekolah mama, nis memberi sms kepada iz yang menyatakan dia sudah sampai. “Best jugak merempit nie, dapat angin semulajadi”, nis memang tabiat semulajadinya suka bawak motor laju. Mama selalu meleterinya kerana mama taknak nis membahayakan nyawanya dengan membawa motor dalam keadaan merbahaya sebegitu. “nis nie tak sayang mama yer?”
“kenapa mama cakap camtu, nis sayang mama lar, sayang sangat-sangat tau, huhuhu”
“Dah tu kenapa suka sangat bawak motor laju-laju?”
“alaaar, seronok, dapat rasa angin, ngeee”
“dah-dah, mama taknak nis bawam motor laju-laju, bahaya tau sayang, kalau degil jugak, mama denda nis tak boleh naik motor sampai nis dapat lesen tahun depan,” mama menjegilkan matanya tanda tidak senang nis membawa motor laju.
Mama bila kuasa vetonya dah digunakan, tak dapatlar nak ditolong, hanya anggukan yang mampu dijawabnya.

5 minit selepas berpanas di bawah terik mentari, iz datang membawa sebuah jambangan bunga.
Sweet tak sweet tak??hihihi
“maaf iz lambat, ade keje sikit kat kantin tadi, nah…..”
“erm, ape nie iz?nak suruh nis bagi kat sape nie?” buat-buat tak paham pulak, orang tu bagi makanan kesukaan awak tu, taknak amek rugi….
“eh, nak bagi kat sape lagi, kat nis lar, nis suka fererroroshere kan?”
Mane dia tau aku suke sangat-sangat kat ferreroroshere nie. Membulatlar aku hari nie makan mende nie, agagaga
“oh yeker, mane tau nis suke ferreroroshere nie, terime kasih yer, buat susah-susah jer. Nis tak boleh lame-lame nie, tak manis pulak nanti guru-guru mama Nampak, lagipun, nis ade homework nak buat, nis balik dulu yer, thanks again, assalamualaikum”
Seusai memberi salam, nis start motor dan menderum meninggalkan sekolah mama sambil jambangan bunga fererroroshere tersemat di bakul motor.
 Tersengeh sampai telinga iz sebab dapat cairkan hati nis dengan pemberian tersebut. Iz membeli jambangan bunga dan meminta digubah dengan ferreroroshere tersebut di market tempat keluarganya mengambil bahan untuk catering dan persediaan kantin.
bagi nis pula, dia tidak pernah mendapat jambangan bunga daripada mana-mana lelaki sebelum ini, hahaha, ok sweet. bluek..

 
sejibik cam nie.wowowo

3 comments:

  1. sodaaaaaapnyeeee cokelat tu. nak sebiji macam ni jugak nawalllll. :)

    ReplyDelete
  2. yang sweet x sweet...at the end ntah mana kn....hahahaha...

    ReplyDelete
  3. nida>>cokolat mahal..hehe,kongsi duit beli yg byk,hahaha,boleh mkn satu kelas..yeah!!
    jilla>>tunggu dan lihat ap kesudahan novel nie yer..ehehehe

    ReplyDelete